Akademi Fiqh Malaysia - Komuniti Fiqh Malaysia
Daftar masuk
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
Menu utama
Jemput rakan anda
Topik artikel
Keahlian laman
Membership:
Today: 0
Yesterday: 1
Overall: 142
Latest: logan398

People Online:
Guests : 1
Members : 0
Total: 1
Online List: [Popup]
Bilangan pelawat
User*count is developed by MusS (http://www.foreach.fr/)
004926 Visit004926 Visit004926 Visit004926 Visit004926 Visit004926 Visit


Ahlan wasahlan wa marhaban bikum...
Posted by Mzuhdi on 2007/12/6 , 458 reads
 

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

ImageIzinkan saya memulakan salam perkenalan ini dengan menyebut tujuan penubuhan laman web ini. Sepertimana terbayang pada namanya, Akademi Fiqh Malaysia. laman web ini bukan bertujuan untuk membincangkan tentang hal ehwal Islam secara umum, tetapi sebaliknya khusus tentang fiqh. Malah bukan fiqh Islam secara umum sepertimana yang terdapat dalam penulisan biasa, tetapi khusus tentang fiqh semasa pendekatan tempatan, iaitu Malaysia. Dengan kata lain, ruangan ini khusus untuk membincangkan tentang perkembangan hukum Islam berasaskan kefahaman semasa yang beroreantasikan realiti hidup masyarakat di Malaysia. Pada dasarnya saya akan menulis dalam web ini dari masa ke semasa, samada dalam bentuk makalah ilmiah, atau ulasan serta komen terhadap apa-apa yang berlaku disekitar kita berasaskan perspektif hukum Islam semasa, atau sekadar membuat catatan umum sahaja.



Artikel Terbaru
Pemikiran Fiqh : TAJDID: TETAPKAN PENDIRIAN SENDIRI DAN JANGAN PERTIKAI ORANG LAIN
Posted By: Mahmood Zuhdi On: Nov/08/2008   
 
Oleh: Profesor Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid

Pendahuluan

Antara kesimpulan penting yang dapat diperolehi daripada makalah pada bulan lepas yang bertajuk 'Tajdid : Suatu lumrah' ialah, pembaharuan atau tajdid atau juga disebut islah itu boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertamanya tajdid yang berlaku secara tabi`i atau semula jadi tanpa campur tangan manusia. Tajdid seperti ini lebih merupakan proses terus menerus yang tidak akan terhenti mengikut sunnah alam. Positif nya ia begitu konsisten sekali dan tidak akan ada apa-apa yang terganggu oleh proses nya. Negatif nya pula ia merupakan proses yang lambat dan kurang mampu untuk mencipta kemajuan yang besar kepada kehidupan manusia.
Read More... | 0 Comment(s) | Write Comment 
Pemikiran Fiqh : KEPERLUAN KEPADA IJTIHAD DALAM MENENTUKAN HUKUM ISLAM SEMASA
Posted By: Mahmood Zuhdi On: Nov/08/2008   
 
Oleh: Profesor Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid

Pendahuluan

Keperluan kepada ijtihad kontemporari adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan pada hari ini. Bukan sahaja bagi menjawab persoalan-persoalan baru yang sentiasa timbul tetapi juga untuk menilai kembali ijtihad para fuqaha terdahulu memandangkan suasana dan persekitaran hidup sudah berubah.

Terutama sekali di bawah tekanan arus kemajuan pemodenan, ijtihad menghadapi cabaran besar yang mungkin menentukan samada hukum Islam masih relevan atau sebaliknya dalam dunia yang dikatakan serba maju pada hari ini. Bagi mereka yang percaya bahawa hukum Islam itu sesuai untuk semua zaman, tempat dan keadaan cabaran ini perlu dilihat dengan serius. Kerana ia memerlukan banyak tenaga, samada spiritual, intelektual mahupun material.
Read More... | 0 Comment(s) | Write Comment 
Pemikiran Fiqh : IJTIHAD DAN CABARAN GLOBALISASI
Posted By: Mahmood Zuhdi On: Nov/07/2008   
 
Oleh: Profesor Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid

Pendahuluan

Keperluan kepada ijtihad kontemporari adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan pada hari ini. Bukan sahaja bagi menjawab persoalan-persoalan baru yang sentiasa timbul tetapi juga untuk menilai kembali ijtihad para fuqaha terdahulu memandangkan suasana dan persekitaran hidup sudah berubah.
Read More... | 0 Comment(s) | Write Comment 
Pemikiran Fiqh : PANDANGAN AL-QARADHAWI TENTANG IJTIHAD KONTEMPORARI
Posted By: Mahmood Zuhdi On: Nov/06/2008   
 
Oleh: Prof Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid

Pendahuluan

"Ijtihad kontemporari" secara mudahnya boleh diertikan sebagai penyelidikan hukum Islam berasaskan realiti hidup semasa. Dalam pengajian hukum Islam, ijtihad biasa dihuraikan sebagai usaha gigih para ulama dalam menentukan hukum Islam berasaskan kepada dalil-dalil yang terperinci. Dalam melakukan usaha seperti ini mereka sentiasa berpandukan kaedah yang dikenali sebagai "usul al-Fiqh", yang boleh diterjemahkan sebagai "Metodologi hukum Islam".
Read More... | 0 Comment(s) | Write Comment 
Pemikiran Fiqh : TAJDID: HURAIAN TENTANG KONSEP
Posted By: Mahmood Zuhdi On: Mar/02/2008   
 
Oleh: Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid

Pendahuluan

Dalam konsepnya yang sebenar, tajdid lebih bersifat memperbaharui tafsiran nas Syariat sesuai dengan ilmu dan nilai intelektual serta keperluan hidup semasa. Sedngkan Syariat itu sendiri tidak memerlukan tajdid atau pembaharuan , kerana ia sudah cukup sempurna.

Kesempurnaan ini telah dijamin oleh Allah dalam ayat-ayat terakhir yang diturunkan menjelang kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. Pirman Allah s.w. maksudnya "Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu semua agama kamu dan Aku sempurnakan untuk kamu semua nikmatKu dan Aku meredhai bagi kamu semua Islam sebagai agama"
Read More... | 0 Comment(s) | Write Comment 
Hal dan PeristiwaFiqh Halal Haram
Fiqh IbadatFiqh Jinayat
Fiqh MuamalatFiqh Siasah
Fiqh UsrahFiqh Wanita
Fiqh JihadPemikiran Fiqh



Waktu sekarang
Waktu Solat
Waktu Solah
Kuala Lumpur

10 Muharam 1430
Subuh 5:59 AM
Syuruk7:20 AM
Zohor 1:22 PM
Asar 4:44 PM
Maghrib 7:17 PM
Isyak8:32 PM
Kalendar
Last MonthJan 2009Next Month
Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
Today
Undian Pendapat
Apa pendapat anda tentang penubuhan laman ini?
Bagus sekali
Mengikut kehendak semasa
Melengkapi laman-laman lain yang sedia ada
Membawa kepada perpecahan ummah
Mukmin.info